Servis

Hopitalities

Kemudahan seperti kedai runcit, kedai dobi, cafe serta kedai mencetak yang di tempatkan pada institusi-institusi pengajian memudahkan mahasiswa untuk menjimatkan masa dan memenuhi keperluan mereka sepanjang pengajian di UiTM.

Retail & Groceries

KOSISWA menyediakan perkhidmatan peruncitan seperti Bellus Express khususnya untuk warga UITM untuk mendapat keperluan harian seperti makanan, kelengkapan hostel dan sebagainya.

Education

Mahasiswa diberikan peluang untuk melibatkan diri secara langsung dalam perniagaan koperasi dan menimba ilmu serta pengalaman tentang pengurusan perniagaan berskala besar.

Properties

KOSISWA berurusan secara langsung dengan pengusaha syarikat yang berkolaborasi bersama sama KOSISWA dalam membantu membuka cawangan serta mempromosi perniagaan mereka.

Integrated Logistic

Mahasiswa UITM dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan di Cellarium Center dalam perkhidmatan penerimaan dan pengeposan barang atau parcel dengan kerjasama bersama Poslaju, J&T, DHL, Gdex.

Laundry

Mahasiswa diberikan peluang untuk menikmati perkhidmatan mencuci dan mengeringkan pakaian yang di sediakan oleh pihak KOSISWA dengan menggunakan kad ahli Laundrax yang mampu memberi kemudahan kepada pelajar.

Food and Beverages

Kosiswa UiTM Berhad menyediakan pelbagai jenis Coffee Shop yang berkonsepkan “Lifestyle Premium Coffee Shop” seperti ‘Richiamo Coffee Sdn Bhd dan He & She Coffee Shop. Richiamo Coffee juga telah mensasarkan sebanyak 10 cawangan di seluruh Universiti tempatan termasuklah di UiTM.

Training and Consultancy

Menyediakan peluang Latihan industri dan mencipta kerjaya kepada mahasiswa menerusi program “Mentoring and Coaching” yang dikendalikan oleh pihak Kosiswa. Program tersebut memberikan tunjuk ajar yang penuh kepada mahasiawa lantas program tersebut bakal melahirkan usahawan yang bekemahiran khususya dalam kemahiran barista.